I love Allah

Allah Muhammad

Tuesday, 25 October 2016

BBK3410 : WARISAN MELAYU

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca entri saya yang setia.

 ( Gulai Tempoyak Ikan Patin )
Image result for gulai tempoyak ikan patin


Harini saya berbesar hati untuk berkongsikan sejenis hidangan kaum melayu. Saya ingin mempromosikan hidangan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Mengapa saya memilih hidangan ini? 

ya, kerana  gulai tempoyak  merupakan makanan kegemaran saya di rumah. Saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi masakan yang enak ini. Sudah semestinya ikan patin menjadi pilihan dalam masakan ibu kata ibu, isi ikan patin yang pejal dan lemak amat sebati jika dimasak bersama tempoyak. Dua minggu sudah pun berlalu, saya amat merindui ibu yang sering menghidangkan lauk kegemaran puteri bongsunya ini. Sudah sekian lama rasanya tidak merasai air tangan ibu. Saya berharap ibu akan memasakan untuk saya apabila saya pulang ke teratak indah di Bota, Perak pada cuti pertengahan semester nanti :)

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, hidangan Gulai Tempoyak merupakan sejenis hidangan warisan melayu dari resepi turun- temurun. Pada entri saya ini saya selitkan resepi hidangan Gulai Tempoyak.

BAHAN- BAHAN :

  • seekor ikan patin
  • 6 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 4 camca tempoyak
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • seikat kecil daun kesum
  • 1 keping asam kering
  • garam (secukup rasa)

CARA- CARA PENYEDIAANNYA :


1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan- bahan sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja, saya tidak letak asam keping. Tetapi kalau tidak suka kuah yang agak pekat, bolehlah ditambah asam keping untuk menambah masam).

3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.


Selamat mencuba sahabat!


Salam Cinta Bahasa,

Norliatika Elias.



No comments:

Post a Comment

LittLe bit Munch