SEEKOR MANUSIA SEORANG MANUSIA SEORANG BINATANG
karya (Muhammad Isa al-Jambuli)
Pada minggu lepas, di kelas perlahiran bakat kreatif kami ditugaskan oleh Dr Kamariah untuk membawa sebuah cerpen yang menarik untuk dikongsikan di dalam pembelajaran beliau.
Lalu saya membawa sebuah cerpen karya Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk "Seekor Manusia Seorang Binatang". Wah! membaca sahaja tajuk sudah teruja bukan?
Baiklah, karya yang seharusnya dikongsikan kepada semua. Maka, saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang cerpen ini. Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula anak yang telah ditinggalkannya itu.
Selain itu, saya berasa cerpen ini menarik juga kerana mempunyai pelbagai nilai dan pengajaran yang dapat kita terapkan dan mengambil ikhtibar daripada perbuatan Zaniyah. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Contohnya, Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah merosakkan Zaniyah sehingga hamil anak luar nikah. Kita juga hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan. Kita jangan jadi seperti Zaniyah yang tidak bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya membuang bayi. Akhir sekali, Kita hendaklah menjauhi dan menginsafi segala perbuatan yang terkutuk. Contoh yang dapat digambarkan berdasarkan cerpen ini, Zaniyah seharusnya menjauhi perbuatannya seperti menjalin hubungan tanpa ikatan perkahwinan.
Akhir kata dari saya buat semua di luar sana, Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan. Kita seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga.
Salam Cinta Bahasa,
Norliatika Elias.
No comments:
Post a Comment
LittLe bit Munch