I love Allah

Allah Muhammad

Monday, 24 October 2016

BBK3410 - Kajian Lapangan

Image result for tumblr work


Assalammualaikum w.b.t dan salam sayang buat semua pembaca blog saya.

Pada  entri saya kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya dan rakan- rakan sekumpulan dari kelas Penglahiran Bakat Kreatif. Kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk menemubual seorang pengkarya sastera yang telah memenangi anugerah sastera. Lantaran itu, saya bersama 5 orang lagi rakan iaitu aqilah, fazelin, azwani, humairra, wan, dan juga ng poh hui telah mencari beberapa pengarang yang telah memenangi anugerah berprestij sama ada di dalam atau luar negara. Akhirnya, saya dan rakan- rakan telah bersepakat memilih seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut iaitu karyawan Azalan Husain. 

Saya berasa bertuah sekali dapat menemubual beliau kerana di samping kesibukkan diri beliau sudi meluangkan masa bersama kami selama tiga jam. Berlatarkan tempat di kediaman rumah PENA pada tanggal 3 Oktober 2016. 

Azalan husain merupakan seorang yang berbakat serta terkenal dalam dunia sastera kreatif tanah air iaitu sastera kanak- kanak. Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang sastera beliau merupakan seorang pereka grafik. Beliau pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). 

Dalam menghasilkan kajian lapangan ini saya dan rakan mempunyai cabaran iaitu kesukaran untuk mencari Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA). Lokasi rumah PENA yang agak terpencil dari pusat bandar menyebabkan kami tidak dapat sampai ke destinasi pada waktu yang sepatutnya. 

Akhirulkallam, sebelum saya mengundur diri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Azalan Husain di atas kesudian beliau meluangkan masa bersama saya dan rakan- rakan sekumpulan. Kerjasama yang baik daripada beliau untuk menyempurnakan kajian lapangan ini amat saya hargai. Saya berharap beliau akan terus berjuang dalam penulisan sastera kanak- kanak yang beliau ceburi serta mendoakan saya dan rakan- rakan untuk berjaya mencipta nama dalam dunia kesusasteraan ini. 










No comments:

Post a Comment

LittLe bit Munch