I love Allah

Allah Muhammad

Thursday, 20 October 2016

BBK 3410 - REAKSI, KOMEN DAN HARAPAN TERHADAP KELAS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

  Pertama sekali saya ingin bersyukur ke hadrat illahi kerana Allah SWT telah memakbulkan doa saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulillah, dengan berkat doa ibunda tercinta, guru- guru, ahli keluarga serta sahabat- handai saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan salah sebuah universiti terbaik di Malaysia. 


Setelah saya berjaya mendaftarkan kursus yang perlu saya ambil untuk semester pertama ini saya menyedari bahawa terdapat kursus Perlahiran Bakat Kreatif atau akronimnya BBK 3401. Blog inijuga dicipta khas untuk saya berkarya mahupun memberikan pandangan terhadap sastera melayu mahu pun sastera inggeris.


Kali pertama menjejakkan kaki ke kelas bakat kreatif ini telah membuatkan diri saya teruja kerana pengajarnya merupakan seorang karya sasterawan yang berjaya mencipta nama di bidang sastera. Nama diberi Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin seorang pena yang amat kreatif. Walaubagaimanapun, saya tidak menyangka bahawa saya akan mempelajari ilmu kesusasteraan di universiti. Untuk makluman,  Saya amat meminati bidang sastera namun tidak berpeluang untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Saya mula menyukai bidang sastera kerana saya pernah mengambil subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM.


Seterusnya, komen saya pula untuk kursus Perlahiran Bakat Kreatif ini amat bagus apabila diterapkan sebagai kursus yang wajib diambil oleh pelajar semester pertama. Hal ini kerana, para pelajar dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang pelajar. Disamping itu, dengan menghadiri kursus ini pelajar akan dapat bimbingan untuk 
mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan seni kesusasteraan melayu, dunia penulisan, dunia mengarang dan sebagainya. 



Akhirulkallam,harapan saya untuk kursus ini adalah dapat melahirkan sasterawan muda yang berjiwa seni bersama idea-idea yang kreatif untuk disampaikan kepada agama,bangsa dan dunia. Seterusnya, saya berharap agar dengan adanya bimbingan dari pensyarah yang tercinta ini saya dapat menguasai kursus ini dengan baik seperti penyampaian penulisan yang lebih matang, kosa kata yang lebih gramatis dan lain-lain lagi. Saya juga berazam untuk mendapatkan A dalam subjek ini. Saya ingin membuktikan bahawa bidang sastera ini amat menyeronokkan bukanlah rumit seperti yang orang luar sangkakan.  


Sekian, salam cinta bahasa.

Norliatika Elias. 



No comments:

Post a Comment

LittLe bit Munch