I love Allah

Allah Muhammad

Thursday, 27 October 2016

BBK3410

BATU SEREMBAN 


Image result for batu seremban

Assalmmualaiku dan salam sayang buat semua, 

Pada entri saya kali ini,  mengenai permainan tradisional kaum Melayu iaitu "Batu Seremban". 

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Begitulah serba sedikit asal usul mengenai permainan tradisional batu seremban. 

Salam Cinta Bahasa, 


Norliatika Elias.





BBK3410 PUISI MODEN

UNGGUN BERSIH 

karya Sasterawan Negara A. Samad Said


Image result for unggun bersih


Semakin lara kita didera bara—kita laungkan juga pesan merdeka:Demokrasi sebenderang mentarisehasrat hajat semurni harga diri.Lama resah kita—demokrasi luka;lama duka kita—demokrasi lara.Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;suara bebas yang utuh, kita idami!Dua abad lalu Sam Adams berseru:(di Boston dijirus teh ke laut biru):Tak diperlu gempita sorak yang gebu,diperlu hanya unggun api yang syahdu.Kini menyalalah unggun sakti itu;kini merebaklah nyala unggun itu.


BBK3410 ULASAN CERPEN

SEEKOR MANUSIA SEORANG MANUSIA SEORANG BINATANG 
karya (Muhammad Isa al-Jambuli)



Pada minggu lepas, di kelas perlahiran bakat kreatif kami ditugaskan oleh Dr Kamariah untuk membawa sebuah cerpen yang menarik untuk dikongsikan di dalam pembelajaran beliau. 
Lalu saya membawa  sebuah cerpen karya Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk "Seekor Manusia Seorang Binatang". Wah! membaca sahaja tajuk sudah teruja bukan?

Baiklah, karya yang seharusnya dikongsikan kepada semua. Maka,  saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang cerpen ini. Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula anak yang telah ditinggalkannya itu. 

Selain itu, saya berasa cerpen ini menarik juga kerana mempunyai pelbagai nilai dan pengajaran yang dapat kita terapkan dan mengambil ikhtibar daripada perbuatan Zaniyah. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Contohnya, Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah merosakkan Zaniyah sehingga hamil anak luar nikah. Kita juga hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan. Kita jangan jadi seperti Zaniyah yang tidak bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya membuang bayi. Akhir sekali,  Kita hendaklah menjauhi dan menginsafi segala perbuatan yang terkutuk. Contoh yang dapat digambarkan berdasarkan cerpen ini, Zaniyah seharusnya menjauhi perbuatannya seperti menjalin hubungan tanpa ikatan perkahwinan. 

Akhir kata dari saya buat semua di luar sana, Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan. Kita seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga. 

Salam Cinta Bahasa, 


Norliatika Elias.



Tuesday, 25 October 2016

BBK3410 : WARISAN MELAYU

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca entri saya yang setia.

 ( Gulai Tempoyak Ikan Patin )
Image result for gulai tempoyak ikan patin


Harini saya berbesar hati untuk berkongsikan sejenis hidangan kaum melayu. Saya ingin mempromosikan hidangan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Mengapa saya memilih hidangan ini? 

ya, kerana  gulai tempoyak  merupakan makanan kegemaran saya di rumah. Saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi masakan yang enak ini. Sudah semestinya ikan patin menjadi pilihan dalam masakan ibu kata ibu, isi ikan patin yang pejal dan lemak amat sebati jika dimasak bersama tempoyak. Dua minggu sudah pun berlalu, saya amat merindui ibu yang sering menghidangkan lauk kegemaran puteri bongsunya ini. Sudah sekian lama rasanya tidak merasai air tangan ibu. Saya berharap ibu akan memasakan untuk saya apabila saya pulang ke teratak indah di Bota, Perak pada cuti pertengahan semester nanti :)

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, hidangan Gulai Tempoyak merupakan sejenis hidangan warisan melayu dari resepi turun- temurun. Pada entri saya ini saya selitkan resepi hidangan Gulai Tempoyak.

BAHAN- BAHAN :

  • seekor ikan patin
  • 6 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 4 camca tempoyak
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • seikat kecil daun kesum
  • 1 keping asam kering
  • garam (secukup rasa)

CARA- CARA PENYEDIAANNYA :


1. Masukkan cili api yg telah ditumbuk, tempoyak, serai, kunyit dan air ke dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak hancur dan tidak berketul. Masakkan bahan- bahan sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan biarkan ikan sehingga masak. Tambahkan garam dan sedikit gula. Kalau kuah tidak masam, bolehlah ditambahkan tempoyak lagi(biasanya rasa masam ikan hanya dari tempoyak sahaja, saya tidak letak asam keping. Tetapi kalau tidak suka kuah yang agak pekat, bolehlah ditambah asam keping untuk menambah masam).

3. Bila ikan sudah masak, bolehlah diangkat.


Selamat mencuba sahabat!


Salam Cinta Bahasa,

Norliatika Elias.



Monday, 24 October 2016

BBK3410 - Kajian Lapangan

Image result for tumblr work


Assalammualaikum w.b.t dan salam sayang buat semua pembaca blog saya.

Pada  entri saya kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya dan rakan- rakan sekumpulan dari kelas Penglahiran Bakat Kreatif. Kami telah ditugaskan oleh pensyarah kami untuk menemubual seorang pengkarya sastera yang telah memenangi anugerah sastera. Lantaran itu, saya bersama 5 orang lagi rakan iaitu aqilah, fazelin, azwani, humairra, wan, dan juga ng poh hui telah mencari beberapa pengarang yang telah memenangi anugerah berprestij sama ada di dalam atau luar negara. Akhirnya, saya dan rakan- rakan telah bersepakat memilih seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut iaitu karyawan Azalan Husain. 

Saya berasa bertuah sekali dapat menemubual beliau kerana di samping kesibukkan diri beliau sudi meluangkan masa bersama kami selama tiga jam. Berlatarkan tempat di kediaman rumah PENA pada tanggal 3 Oktober 2016. 

Azalan husain merupakan seorang yang berbakat serta terkenal dalam dunia sastera kreatif tanah air iaitu sastera kanak- kanak. Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang sastera beliau merupakan seorang pereka grafik. Beliau pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). 

Dalam menghasilkan kajian lapangan ini saya dan rakan mempunyai cabaran iaitu kesukaran untuk mencari Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA). Lokasi rumah PENA yang agak terpencil dari pusat bandar menyebabkan kami tidak dapat sampai ke destinasi pada waktu yang sepatutnya. 

Akhirulkallam, sebelum saya mengundur diri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Azalan Husain di atas kesudian beliau meluangkan masa bersama saya dan rakan- rakan sekumpulan. Kerjasama yang baik daripada beliau untuk menyempurnakan kajian lapangan ini amat saya hargai. Saya berharap beliau akan terus berjuang dalam penulisan sastera kanak- kanak yang beliau ceburi serta mendoakan saya dan rakan- rakan untuk berjaya mencipta nama dalam dunia kesusasteraan ini. 










BBK3410 " Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"

Adat Resam Kaum Melayu 


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat yang membaca.

Pada entri saya kali ini saya ingin mempromosikan tentang adat resam kaum melayu. Disamping itu, saya juga ingin berkongsikan pengalaman saya iaitu Adat Perkahwinan Kaum Melayu yang masih diamalkan di Kampung Lambor Kiri, Bota, Perak.

Apakah maksud Adat Resam?

Menurut Kamus Dewan Edisi Pertama dan Kamus Dewan Edisi Ketiga, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan  turun- temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi). Manakala resam  pula bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat.

Sehubungan itu, kaum Melayu terkenal dengan pelbagai adat yang menjadi pegangan kehidupan seharian. Namun, sebahagian daripadanya tidak lagi menjadi amalan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai gambaran yang dapat dilihat adat yang pernah atau masih diamalkan sehingga sekarang adalah adat resam mencukur jambul bayi, melenggang perut, perkahwinan, berpantang, kematian, bersunat/ berkhatan, dan pelbagai lagi. 

Selanjutnya, saya ingin berkongsi pengalaman lalu sewaktu kakak saya berkahwin. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang masih diamalkan di kampung saya iaitu Kampung Lambor Kiri Bota, Perak adalah: 

Image result for merisik
Adat Merisik
Adat Bertunang (Ibu daripada pihak lelaki menyarungkan cincin kepada bakal isteri lelaki)

Adat berinai ( biasanya berlangsung pada malam sebelum majlis persandingan)


Acara menepung tawar

Akad nikah
Acara Bersanding

Image result for berkompang
Acara Berkompang
Akhir kata, adat perkahwinan yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Lambor Kiri, Bota, Perak masih lagi diamalkan. Pengamalan adat seperti berinai, menabur bunga tawar, acara berkompang juga masih dilaksanakan oleh masyarakat MelayuAdat resam perkahwinan yang asas seperti merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan juga masih dilaksanakan seperti biasa oleh generasi moden pada masa ini.
 Salam Cinta Bahasa,

Norliatika Elias.













au
m
M
e
layu
mem
punya
i
p
e
l
b
aga
i
adat yg
me
njad
i
p
e
gangan dala
m
k
e
h
i
dupanyg
me
njad
i
p
e
gangan dala
m
k
e
h
i
dupans
e
ha
ri
an
mere
ka.s
e
ha
ri
an
mere
ka.
Na
m
un, s
eb
ahag
i
an da
ri
padanya t 
i
dak lag
i
 Na
m
un, s
eb
ahag
i
an da
ri
padanya t 
i
dak lag
i
me
njad
i
a
m
alan
mere
ka k
er
ana
me
njad
i
a
m
alan
mere
ka k
er
ana
ber
e
ntangan d
e
ngan aja
r
an Isla
m
.
ber
e
ntangan d
e
ngan aja
r
an Isla
m
.
S
e
er
usnya
i
alah
beber
apa contoh adat ygS
e
er
usnya
i
alah
beber
apa contoh adat ygp
er
nah @
m
as
i
h d
i
a
m
alkan h
i
nggap
er
nah @
m
as
i
h d
i
a
m
alkan h
i
nggas
e
ka
r
ang.s
e
ka
r
ang.




au
m
M
e
layu
mem
punya
i
p
e
l
b
aga
i
adat yg
me
njad
i
p
e
gangan dala
m
k
e
h
i
dupanyg
me
njad
i
p
e
gangan dala
m
k
e
h
i
dupans
e
ha
ri
an
mere
ka.s
e
ha
ri
an
mere
ka.
Na
m
un, s
eb
ahag
i
an da
ri
padanya t 
i
dak lag
i
 Na
m
un, s
eb
ahag
i
an da
ri
padanya t 
i
dak lag
i
me
njad
i
a
m
alan
mere
ka k
er
ana
me
njad
i
a
m
alan
mere
ka k
er
ana
ber
e
ntangan d
e
ngan aja
r
an Isla
m
.
ber
e
ntangan d
e
ngan aja
r
an Isla
m
.
S
e
er
usnya
i
alah
beber
apa contoh adat ygS
e
er
usnya
i
alah
beber
apa contoh adat ygp
er
nah @
m
as
i
h d
i
a
m
alkan h
i
nggap
er
nah @
m
as
i
h d
i
a
m
alkan h
i
nggas
e
ka
r
ang.s
e
ka
r
ang.

Thursday, 20 October 2016

BBK 3410 - REAKSI, KOMEN DAN HARAPAN TERHADAP KELAS PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

  Pertama sekali saya ingin bersyukur ke hadrat illahi kerana Allah SWT telah memakbulkan doa saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Alhamdulillah, dengan berkat doa ibunda tercinta, guru- guru, ahli keluarga serta sahabat- handai saya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan salah sebuah universiti terbaik di Malaysia. 


Setelah saya berjaya mendaftarkan kursus yang perlu saya ambil untuk semester pertama ini saya menyedari bahawa terdapat kursus Perlahiran Bakat Kreatif atau akronimnya BBK 3401. Blog inijuga dicipta khas untuk saya berkarya mahupun memberikan pandangan terhadap sastera melayu mahu pun sastera inggeris.


Kali pertama menjejakkan kaki ke kelas bakat kreatif ini telah membuatkan diri saya teruja kerana pengajarnya merupakan seorang karya sasterawan yang berjaya mencipta nama di bidang sastera. Nama diberi Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin seorang pena yang amat kreatif. Walaubagaimanapun, saya tidak menyangka bahawa saya akan mempelajari ilmu kesusasteraan di universiti. Untuk makluman,  Saya amat meminati bidang sastera namun tidak berpeluang untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Saya mula menyukai bidang sastera kerana saya pernah mengambil subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM.


Seterusnya, komen saya pula untuk kursus Perlahiran Bakat Kreatif ini amat bagus apabila diterapkan sebagai kursus yang wajib diambil oleh pelajar semester pertama. Hal ini kerana, para pelajar dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang pelajar. Disamping itu, dengan menghadiri kursus ini pelajar akan dapat bimbingan untuk 
mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan seni kesusasteraan melayu, dunia penulisan, dunia mengarang dan sebagainya. 



Akhirulkallam,harapan saya untuk kursus ini adalah dapat melahirkan sasterawan muda yang berjiwa seni bersama idea-idea yang kreatif untuk disampaikan kepada agama,bangsa dan dunia. Seterusnya, saya berharap agar dengan adanya bimbingan dari pensyarah yang tercinta ini saya dapat menguasai kursus ini dengan baik seperti penyampaian penulisan yang lebih matang, kosa kata yang lebih gramatis dan lain-lain lagi. Saya juga berazam untuk mendapatkan A dalam subjek ini. Saya ingin membuktikan bahawa bidang sastera ini amat menyeronokkan bukanlah rumit seperti yang orang luar sangkakan.  


Sekian, salam cinta bahasa.

Norliatika Elias.